fb fb fb fb fb

Wacana Hadith pelihara sumber rujukan kedua umat Islam

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 7 Oktober- Program Wacana Hadith dianjurkan di setiap negeri dalam usaha memelihara sumber rujukan kedua umat Islam selepas kitab suci Al-Quran.

Menurut Pengerusi Lajnah Tahqiq Hadith Kementerian Dalam Negeri, Profesor Dr. Mohd Fauzi Mohd Amin, setiap negeri akan ada wakil Lajnah Tahqiq Hadith untuk program tersebut.

"Apa yang kita terangkan dalam wacana ini ialah hadith Nabi S.A.W merupakan sumber rujukan umat Islam di samping Al-Quranul Karim.

"Tetapi hadith tidak serupa dengan Al-Quran terpelihara tidak perlu kepada sanad tidak perlu kepada penelitian. Tetapi hadith perlu kepada penelitian terlebih dahulu kerana ditakuti hadith yang palsu. Ulamak telah membahagikan kepada sahih yang kita guna, yang kita ambil," kata beliau selepas Program Wacana 2022 di sini.

(Profesor Dr. Mohd Fauzi berkata Wacana Hadith pelihara sumber rujukan kedua umat
Islam)

Media Baharu