fb fb fb fb fb

21 warga Malaysia mangsa penipuan pekerjaan selamat dibawa pulang

(Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah/BERNAMA)

SEPANG, 7 Oktober- 21 warganegara Malaysia mangsa penipuan pekerjaan di negara luar selamat dibawa pulang.

14 orang dibawa pulang dari Kemboja dan 7 lagi dari Laos tiba di KLIA 2 hari ini.

Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, sejak April lalu kerajaan berjaya membawa pulang seramai 273 warga Malaysia.

"Kalau dikira dari segi laporan ada 401 yang sudah diselamatkan bermakna sama ada dalam depoh pertahanan ataupun dibawa balik ialah 273, yang sedang dikesan ialah 128 orang," kata Saifuddin.

Tambah beliau mangsa yang masih dikesan berada di 4 buah negara iaitu Kemboja, Laos, Myanmar dan Thailand.

Beliau yang mengetuai jawatankuasa khas menangani kes-kes sindiket penipuan pekerjaan telah mengarahkan ketua-ketua perwakilan Malaysia di empat negara terbabit agar melipatgandakan usaha kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam mengesan warga Malaysia yang ditipu sindiket pekerjaan.



(Datuk Seri Saifuddin bercakap kepada pemberita selepas menyambut kepulangan lapan
rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja/BERNAMA)

Media Baharu