fb fb fb fb fb

MUIP perkenal kod QR bayar zakat fitrah mulai tahun hadapan

(FOTO RTM)

KUANTAN, 26 Jun-Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) akan menggunakan platform pembayaran QR Code bagi pembayaran zakat fitrah bermula tahun hadapan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Baitulmal dan Operasi MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, seramai 934 Amil yang dilantik akan diberi taklimat dan latihan bagi melancarkan perkara itu.

"Insyaallah kod QR sebagai langkah keselamatan. Memang kaedah sebelum ini tiada masalah kehilangan wang.

"Tapi kita perlu ikut perubahan dan peredaran zaman yang kebanyakkannya sudah beralih menggunakan kod QR", katanya selepas Majlis Anugerah Khidmat Setia Amil Negeri Pahang di sini.

Anugerah julung kali diadakan itu bagi menghargai jasa 35 amil di Pahang yang telah lama berkhidmat dengan MUIP.


(FOTO BERNAMA)

Media Baharu