fb fb fb fb fb

Muhammad Syamil Kamarul pelajar terbaik SPM 2022 Kedah

SUNGAI PETANI, 8 Jun- Penuntut di Maktab Mahmud, Pendang, Muhammad Syamil Kamarul Zaman, 17, menjadi pelajar tetbaik peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 negeri Kedah setelah berjaya memperoleh 11A+ dan 1A.

"Sejujurnya saya pun tidak sangka boleh dapat macam ini. Di Maktab Mahmud sekolah saya memang sangat-sangat ambil berat dengan belajar dan usaha guru saya memang luar biasa betul," kata Muhammad Syamil.

Hasil didikan dan asuhan bapanya, Kamarulzaman Bakar yang merupakan bekas pengetua, beliau berjaya menjadi pelajar yang cemerlang meskipun tidak tinggal di asrama.

"Alhamdulillah saya mempunyai anak-anak yang senang diasuh dan mereka dalam pelajaran pun mudah untuk belajar. Saya rasa ini pun sebahagian daripada ganjaran Allah taala atas apa yang kita laksanakan dalam kehidupan seharian," kata Kamarul Zaman.

(Muhammad Syamil ditemu bual media)

Pencapaian SPM negeri Kedah bagi tahun 2022 mencatatkan 441 calon memperoleh gred A (Cemerlang) bagi semua mata pelajaran .

15 daripadanya berjaya mengumpul keseluruhan gred A+ dan A bagi semua mata pelajaran yang diduduki.

Sebanyak 19 buah sekolah merekodkan keputusan Gred Purata Sekolah GPS bawah 3.0 berbanding 17 buah sekolah pada tahun 2021 manakala 66 buah sekolah melepasi pencapaian Gred Purata Negeri Kedah iaitu 4.98. 

Antaranya; SMK Sultanah Asma yang merekodkan sebanyak 26.67% dengan gred purata 1.76; SMK Taman Jelutong, 15.38% dengan gred purata 1.88; SBPI Kubang Pasu, 15.74% dengan gred purata 2.05 dan SMK Jitra, 14.49% dengan mencapai gred purata 2.36.

Media Baharu