fb fb fb fb fb

MTL, 33 pasukan Red Team digerakkan - JBPM

Foto Fail

CHERAS, 26 Oktober- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menggerakkan 33 Pasukan Gerak Cepat (Red Team) bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula November ini sehingga Mac 2024.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin berkata penubuhan MTL Red Team bertujuan memantapkan lagi persiapan dan perkhidmatan kebombaan selain penyelamatan yang lebih efisien.

Tambahnya, JBPM akan menempatkan pasukan tersebut di 13 buah negeri dan tiga Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM).

Pasukan itu terdiri daripada sekurang-kurangnya seorang komander operasi dan empat anggota penyelamat daripada Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dan Emergency and Rescue Services (EMRS).

"Mereka ini mempunyai kepakaran menyelamat di air dan juga perkhidmatan menyelamat kecemasan untuk memberi rawatan awal.

Selain itu penyediaan peralatan-peralatan asas untuk menyelamat digerakkan di peringkat awal dan mereka ini mmg telah bersiap sedia," kata Abdul Wahab kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Bencana JBPM 2023, di Cheras.

Dalam pada itu, JBPM telah merangka pelan pengurusan banjir yang merangkumi empat aspek iaitu mitigasi, persediaan, respon dan pemulihan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM