fb fb fb fb fb

Elak provokasi hal ehwal agama di platform media sosial

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 26 Oktober- Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memandang serius komen di media sosial yang mendakwa kerajaan mengikut telunjuk Parti Tindakan Demokratik (DAP) berhubung tafsiran al-Quran.

Jabatan itu dalam, satu kenyataan berkata, "segala urusan berkaitan teks dan pentafsiran al-Quran di negara ini dilaksana berpandukan garis panduan ketat seperti yang telah ditetapkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

"Selain turut diselia oleh pakar-pakar dalam bidang keagamaan yang diperakui oleh kerajaan," kata kenyataan itu.

Bagaimanapun pihak berkuasa diminta untuk mengambil tindakan penguatkuasaan kepada pemilik akaun berikutan komen yang dimuat naik di platform media sosial demi memberi pengajaran kepada orang ramai.

Semua pengguna media sosial dinasihati untuk menggunakan platform itu secara berhemah, amanah serta tidak terlibat dengan perbuatan memberi komen berunsur hasutan dan provokasi.

Perkara itu dikhuatiri akan menimbulkan kegelisahan awam terutama dalam perkara-perkara melibatkan urusan hal ehwal agama.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI