KUALA LUMPUR, 2 Mac- Harga Capaian Standard Mandatori (MSAP) yang baharu adalah lebih rendah berbanding sebelum ini.
Contohnya harga baharu perkhidmatan borong jalur lebar berkelajuan tinggi 100 Mbps untuk 2023 ialah RM254.64 sebulan.
Harga itu lebih rendah berbanding RM515 sebulan dalam MSAP 2022.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata selain mengurangkan kos kepada pengguna, MSAP juga menyediakan
perkhidmatan pada kelajuan lebih tinggi.
"Melalui MSAP baharu yang mula berkuat kuasa pada 1 Mac 2023, harga capaian maksimum telah ditetapkan bagi 14 kemudahan dan perkhidmatan yang disenaraikan untuk tempoh sehingga 2025.
"Dengan pelaksanaan MSAP baharu, penyedia perkhidmatan capaian perlu menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang disenaraikan dengan harga maksimum baharu seperti yang ditetapkan oleh SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia)," kata Fahmi dalam sidang Dewan Rakyat.
Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong mengenai pelaksanaan MSAP baharu serta kesannya terhadap sektor telekomunikasi dan pengguna.
(Fahmi dalam sesi soal jawab berkata MSAP baharu tetapkan harga lebih rendah, kelajuan
lebih tinggi)