fb fb fb fb fb

Lantikan Naib Canselor oleh Menteri diteruskan - Khaled

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 2 Mac - Amalan lantikan Naib Canselor oleh Menteri seperti mana prosedur serta Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) akan diteruskan.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin berkata keputusan itu susulan keputusan kerajaan untuk tidak memansuhkan akta tersebut.

(Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin)

"Saya beri jaminan apa-apa kelemahan yang ada dalam AUKU kita boleh pertimbangkan...antara perkara yang kita sedang pertimbang untuk lakukan ialah meminda persatuan pelajar untuk menguruskan sendiri akaun kewangan. Jadi itu dalam proses dan InsyaAllah kita bawa dalam parlimen yang akan datang," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Mersing, Muhammad Islahuddin Abas di Dewan Rakyat.

Tambah Khaled, pelbagai pindaan telah dilakukan KPT mencakupi aktiviti pelajar dan urus tadbir universiti.

Katanya, antara pindaan yang dilakukan ialah memberi kebebasan kepada pelajar universiti untuk menyertai mana-mana parti politik termasuk bertanding dalam Pilihan Raya.

Media Baharu