fb fb fb fb fb

MRSM Ulul Al-Bab di Jeneri perlu disegerakan pacu pembangunan ekonomi

SIK, 2 Ogos- Pembinaan Maktab Rendah Sains MARA, MRSM Ulul Al-Bab di Jeneri, Sik perlu disegerakan bagi memacu pembangunan ekonomi bukan sahaja di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, malah daerah Sik secara keseluruhannya.

Peruntukkan bagi membina MRSM itu telah diluluskan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU ke-14) lalu, namun ditangguhkan pembinaannya sehingga kini.

Ketua UMNO Bahagian Sik, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim berkata beliau mahu MRSM tersebut dapat direalisasikan kerana ia bakal menjadi ikonikĀ kepada pembangunan di kawasan Jeneri.

Perkara itu akan dibawa ke pengetahuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KemajuanĀ Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk dipertimbangkan.

"Dia akan menjadi satu lambang di Jeneri, kerana di sini belum ada pembangunan fizikal yang jelas. Kalau semua orang lalu, tiada apa di sini berbanding di sebelah Sik. Di situ kita ada Institut Kemahiran MARA (IKM), GiatMARA, Sekolah Menengah Agama Sik, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Hospital Sik.

"Jadi kalau dapat terbinanya MRSM Ulul Al-Bab ini, segala saya rasa itu akan menjadi ikon permulaan bagi masyarakat di sini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan ramah mesra bersama orang ramai di Kampung Kura, Jeneri di sini.

(Muhamad Khizri Abu Kassim)

Media Baharu