TAIPING, 17 April- Bas Elektrik (EV Bus) Majlis Perbandaran Taiping (MPT) menjadi perkhidmatan pertama diwujudkan di Perak.
Exco Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching berkata, EV Bus bakal beroperasi selama 3 bulan bagi tempoh percubaan bermula Mei ini.
Menurutnya, perkhidmatan itu mampu merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk mewujudkan bandar rendah karbon sekaligus mempromosikan Bandaraya Taiping.
"Kita percaya EV Bus ini akan membantu melonjakkan sektor pelancongan dan juga memperkenalkan tempat-tempat produk pelancongan di Taiping kepada semua warga Malaysia dan juga pelancong dari luar negara. Taiping mengambil inisiatif ini dengan memperkenalkan EV Bus untuk meningkatkan kesedaran dan pendedahan orang awam tentang penggunaannya," katanya kepada pemberita di sini.
EV Bus dengan kapasiti 23 penumpang, menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya.
Bas berkenaan disumbangkan oleh kerajaan Jepun melalui Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA).

(EV Bus dengan kapasiti 23 penumpang, menggunakan kuasa
elektrik sepenuhnya)