KAJANG, 6 Julai- Dua teknologi baharu diperkenalkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dari kluster bioteknologi dan makanan untuk pengkomersialan.
Menurut pengerusinya, Datuk Mohamad Helmy Othman Basha berkata ia bertujuan memperkenalkan teknologi dan inovasi dalam sektor sawit yang dibangunkan penyelidik MPOB.
"Pertama ialah true-to-type, versi dua platform. Genotaip beresolusi tinggi untuk mengenal pasti pokok induk. Kedua, keju Mozzarella analog berasaskan sawit. Jadi, keju pun kita boleh buat daripada sawit sekarang," kata Mohamad Helmy kepada pemberita dalam sidang media Program Pemindahan Teknologi Sawit (TOT) MPOB 2023.
Setakat 2022, MPOB telah menawarkan 712 teknologi dan 194 perkhidmatan dalam industri sawit, di mana 233 teknologi atau 32.7% telah dikomersialkan.
Pada masa sama, beliau turut membacakan teks ucapan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof pada majlis perasmian program tersebut.
(Pengerus MPOB, Datuk Mohamad Helmy Othman Basha merasmikan Program Pemindahan Teknologi Sawit
(TOT) MPOB 2023)