(Datuk Seri Saarani ditemu bual dalam Program Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022
dan Jasamu Dikenang Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak)
IPOH, 6 Julai- Perak merancang membina loji rawatan air bagi membantu kawasan di utara negeri itu yang sering terjejas akibat kemarau.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pembinaan loji itu perlu disegerakan kerana masalah yang dihadapi agak kritikal.
Projek pembinaan bagaimanapun memerlukan peruntukan tinggi daripada kerajaan Persekutuan.
"Jadi dalam fikiran kita sekarang ini bagaimana hendak salur air dari Sungai Perak ke kawasan utara bagi menyelsaikan masalah itu.
"Jadi kita nak buat loji rawatan air supaya air yang terawat itu dapat menyelesaikan masalah di kawasan utara Perak," kata Saarani ketika Program Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 dan Jasamu Dikenang Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak di sini.
Mengulas mengenai penjualan air terawat ke Pulau Pinang, beliau berkata ia bergantung pada lebihan air yang terdapat dalam negeri.
(Datuk Seri Saarani berkata ketika Program Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 dan
Jasamu Dikenang Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak)