fb fb fb fb fb

Baik pulih PEDi Felda Palong 11 disegerakan

JEMPOL, 6 Julai- Sebanyak RM100,000 diperuntukkan bagi proses baik pulih  Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Palong 11 yang mengalami kerosakan akibat bencana ribut pada 25 Jun lalu. 

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, pihaknya komited dan peka terhadap apa yang berlaku ekoran  PEDi yang terjejas memainkan peranan penting sebagai penyambung dan pemangkin ekonomi digital bagi penduduk setempat. 

"Aktiviti yang berjalan di pusat ekonomi digital kita tak mahu tegendala. Jadi alhamdulillah  dalam tempoh sangat singkat lima hari dari hari kejadian, satu  lokasi sementara telah diwujudkan dan diaktifkan.

"Dan ia menjadi pusat ekonomi digital sementara. Kita jangkakan  tempoh baik pulih mungkin ambil masa sekitar enam hingga lima bulan insya-Allah," kata Ahmad Fahmi kepada media ketika beliau melakukan lawatan ke Pusat Ekonomi Digital Felda Palong 11, di sini.

Terdahulu media melaporkan pusat PEDi berkenaan telah mengalami kerosakan struktur bangunan atap, siling, lantai serta kelengkapan perkakasan dan perisian di dalam bangunan akibat kejadian ribut.

(Ahmad Fahmi ketika ditemui media ketika Lawatan ke Pusat Ekonomi Digital Felda Palong 11)

Media Baharu