fb fb fb fb fb

Kerajaan tumpu usaha kawal projek sakit

(Foto hiasan/BERNAMA)

JOHOR BAHRU, 6 Julai- Bilangan projek perumahan yang sakit di Malaysia boleh menjangkau lebih 1,000 kes jika tiada intervensi daripada kerajaan.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, kerajaan kini menumpukan kepada usaha mengawal projek-projek sakit daripada terus bertambah.

Berdasarkan data 30 April lalu, sebanyak 481 projek sakit direkodkan seluruh negara.


(Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan,
Akmal Nasrullah Mohd Nasir)

Akmal yang mengetuai jawatankuasa khas Projek Perumahan Swasta sakit dan terbengkalai berkata, pihaknya akan terus memantau dan menjalankan intervensi bagi meredakan peningkatan jumlah projek sakit di dalam negara.

"Sekarang ini kita tengah cuba meredakan keadaan tersebut, jadi kami cuba untuk tidak hanya siapkan ataupun cuba lancarkan balik projek yang sudah sakit, tapi juga kita sekarang ini tengah bertarung untuk mengekang daripada projek-projek ini jatuh sakit", katanya kepada pemberita selepas melawat Residensi Larkin Indah, di sini.

“Ketika kita (Kerajaan Perpaduan) ambil alih, kita jangkakan terdapat peningkatan mendadak bagi projek sakit akibat atau susulan pasca-COVID-19 atau akhirnya Akta COVID.

Bagaimanapun, kementeriannya sedang meneliti kemajuan semua projek sakit di dalam negara sebelum ia dipertimbangkan untuk dikeluarkan daripada senarai itu.

Ini kerana daripada 481 projek sakit berkenaan, ada antaranya menunjukkan kemajuan yang baik.

Media Baharu