fb fb fb fb fb

MPAJ pusat rawatan sisa makanan pertama guna teknologi IoT

AMPANG JAYA, 19 Januari- Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menjadi lokasi pertama menempatkan pusat perawatan sisa makanan yang pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi Internet of Thing (IoT).

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Akmal Nasrullah Mohd Nasir, pusat tersebut merupakan usaha kerajaan dibawah Inisiatif Hijau dengan menggunakan teknologi Anaerobic Digester (AD).

"Untuk pusat AD ini memang kita lihat ada potensi yang sangat baik untuk dikembangkan di kawasan yang lain.

"Tetapi pada masa yang sama menjadi hasrat kita juga supaya pusat ini dapat dijadikan sebagai satu rujukan dan juga mungkin pusat pendidikan juga untuk masyarakat setempat, sekolah untuk mempelajari konsep kitaran tenaga ini untuk kita guna pakai kembali," katanya.

(Akmal Nasrullah Mohd Nasir)

Beliau ditemui pada Majlis Perasmian Laman Selera MPAJ@Ampang Jaya, di sini hari ini.

Akmal Nasrullah juga berkata, mesin teknologi AD tersebut boleh dikawal pengoperasian daripada komputer atau telefon pintar sekirannya terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan.

Mengenai Laman Selera MPAJ@Ampang Jaya, ia merupakan salah satu usaha MPAJ untuk memajukan golongan usahawan selain menggalakkan aktiviti komersial yang dapat membantu meningkatkan ekonomi warga Ampang Jaya.

Media Baharu