fb fb fb fb fb

Jambatan Sungai Pulai mula dibuka hari ini

ISKANDAR PUTERI, 19 Januari- Jambatan Sungai Pulai yang menghubungkan Gelang Patah-Tanjung Bin, Pontian, mula dibuka kepada umum pukul 6.00 petang ini.

Jambatan sepanjang 7.5 kilometer (km) itu dibina sejak 2017 dan menelan kos RM800 juta.

Ia dilengkapi dua lorong setiap arah, berketinggian 25 meter dan lebar 100 meter, antara tiang.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata jambatan itu akan memendekkan masa perjalanan dari Kukup ke Johor Bahru daripada 90 minit kepada 30 minit.

Pembinaan melibatkan kerjasama awam dan swasta iaitu Seaport Worldwide bawah Kumpulan MMC.

Pihaknya juga akan meneliti aspek keselamatan di jambatan tersebut bagi mengelak kemalangan disebabkan pengguna jalan raya memberhentikan kenderaan untuk melihat pemandangan.

"Saya lihat pemandangannya cukup indah, persekitaran yang sangat hijau dan saya yakin ramai pelancong mungkin akan berhenti atas jambatan ini, jadi faktor keselamatan juga perlu dipertimbangkan supaya tidak ada perkara tidak diingini berlaku," katanya.

(Datuk Onn Hafiz Ghazi)

Beliau berucap merasmikan pembukaan Jambatan Sungai Pulai, di sini hari ini.

Pengoperasian jambatan tersebut juga berpotensi meletakkan Pontian sebagai hab sosioekonomi baharu di Johor, menjadi destinasi utama pelaburan asing.

Dianggarkan 3,000 buah kenderaan akan melalui jambatan tersebut pada waktu puncak, setiap jam.

Media Baharu