fb fb fb fb fb

MoU Malaysia-China pacu kerjasama strategik sektor rel negara

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berucap dalam Majlis Apresiasi Pelanggan dan Hari Terbuka Perbadanan Aset Keretapi (RAC) 2025 di Putrajaya

PUTRAJAYA, 18 April- Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai antara Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Pentadbiran Kereta Api Negara China menandakan pencapaian strategik yang membuka lembaran baharu dalam hubungan dua hala antara Malaysia dan China, khususnya dalam sektor rel di negara ini.

MoU tersebut dimeterai sempena Lawatan Negara Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia, dan disifatkan sebagai pemacu utama pertumbuhan serta hubungan antara kedua-dua negara.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, perjanjian itu juga dapat membina asas kukuh untuk menjadi rakan pembangunan strategik dalam industri berkenaan.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Apresiasi Pelanggan dan Hari Terbuka Perbadanan Aset Keretapi (RAC) 2025 yang berlangsung di Putrajaya.

ROSLINA BINTI DIN