fb fb fb fb fb

MOTAC sasar peningkatan pelancong luar negara, rancakkan kembali sektor pelancongan

KUALA LUMPUR, 22 Julai- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) sedang melaksanakan perancangan strategik bagi memudahkan kemasukan pelancong dari luar negara.

Bagi Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Santhara Kumar, usaha ini penting dalam membantu pemain industri merancakkan kembali industri pelancongan negara.

"Tarikan pelancong luar negara ini amat penting dalam usaha kita memasarkan produk pelancongan negara. Namun, kita perlu melaksanakannya dengan sistem yang betul seperti contoh kita perlu wujudkan satu langkah mudah untuk mereka datang ke Malaysia.

Meski kita letak sasaran 1 juta pengunjung pun tetapi mereka tidak dapat akses masuk ke negara kita, itu juga usaha yang sia-sia. Maka, perkara tersebut kita akan beri perhatian dan kita akan laksanakan perancangan strategik untuk kaedah itu," kata Dr Santhara kepada pemberita RTM selepas melancarkan pakej 'The VIP Pass', sebuah pakej yang menawarkan harga hotel yang berpatutan melibatkan 137 hotel di seluruh negara.

Tambah beliau, antara usaha-usaha lain yang sedang dilaksanakan ialah mengadakan perbincangan bersama syarikat penerbangan dari Korea Selatan bagi menambah laluan dan destinasi ke negara ini.

MOTAC juga sedang membuat permohonan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi membenarkan pengeluaran visa kemasukan berganda kepada pelancong beberapa buah negara.


(Timbalan Menteri MOTAC, Datuk Seri Dr Santhara Kumar)

Media Baharu