fb fb fb fb fb

MOTAC komited promosi dan majukan aktiviti pelancongan di seluruh negeri

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akhbar Khan

KUALA LUMPUR, 24 Jun - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) tidak pernah menganaktirikan mana-mana negeri termasuklah Langkawi, dalam usaha memajukan aktiviti pelancongan.

Timbalan Menterinya, Khairul Firdaus Akhbar Khan berkata, usaha terus dipergiat bagi mengetengah dan mempromosikan sektor pelancongan di negara ini.

Katanya, MOTAC turut mengambil serius untuk menyelesaikan beberapa isu yang berlaku di Pulau Langkawi.

Ini termasuk aspek kebersihan di perairan Langkawi, Bukit Malut yang boleh menjejaskan imej pelancongan negara.

"Secara spesifik Yang Berhormat Menteri saya, Datuk Seri Tiong King Sing sendiri telah mengarahkan kita perlu lihat dan angkat Pulau Langkawi sebagai salah satu pulau yang terunggul di negara kita.Keduanya berkenaan dengan kebersihan  pantai.

"Kebersihan pantai sebenarnya bawah pihak kerajaan negeri, tetapi bawah kementeria kita, kita ada program kesukarelawan dan kita akan aktifkan program ini di Langkawi supaya pulaunya sentiasa dalam keadaan tenang dan bersih," kata Khairul.

Beliau menjawab soalan tambahan yang dibangkitkan wakil Langkawi Datuk Mohd Suhaimi Abdullah di Dewan Rakyat.

Dalam perkembangan lain, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri memaklumkan hingga 31 Mei sebanyak 506 Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) yang tidak berdaftar telah dikenal pasti.

Katanya daripada jumlah tersebut sejumlah lapan TASKA dikenakan tindakan Lak, manakala 17 lagi TASKA tidak berdaftar dikompaun dan dua kes didakwa di mahkamah.

"Bagi TASKA yang tidak berdaftar ini, kita menggunakan pendekatan yang pelbagai termasuk notis peringatan serta tindakan penguatkuasaan selaras dengan peruntukan Akta 308 iaitu Lak, kompaun serta pendakwaan.

Berdasarkan keputusan terhadap kertas siasatan yang dibuka dan selesai dilengkapkan sebanyak lapan (8) buah TASKA telah dikenakan tindakan Lak, 17 telah di kompaun dan dua (2) kes telah didakwa di mahkamah antara tahun 2020 hingga Mac 2024," Nancy menjawab menjawab soalan Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad.

TETITIA YUSOFF