TAIPEI, 24 Jun-Presiden Taiwan, Lai Ching-te pada Isnin berkata China tidak mempunyai hak untuk menghukum rakyat Taiwan susulan pandangan atau sokongan mereka ke atas kedaulatan dan kemerdekaan negara berkenaan.
Kenyataan Ching-te itu hadir selepas Beijing memberi amaran bahawa para penyokong kemerdekaan pulau berkenaan berkemungkinan berdepan hukuman mati sekiranya menyokong tuntutan berkenaan.
China sebelum ini mendakwa Taiwan sebagai sebuah wilayahnya enggan menolak menggunakan kekerasan untuk membawa pulau itu kembali di bawah kawalannya.
Beijing meningkatkan tekanan ke atas pulau berkenaan sejak kebelakangan ini dengan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan.Terbaharu adalah sehari selepas Ching-te mengangkat sumpah sebagai presiden bulan lepas.
Jumaat lalu, Beijing telah mengeluarkan garis panduan kehakiman baharu termasuk hukuman mati bagi kes-kes "terutamanya serius" yang melibatkan penyokong prokemerdekaan Taiwan lapor media rasmi China.
Ketika diminta mengulas mengenai garis panduan tersebut, Ching-te berkata demokrasi bukanlah punca jenayah. Autokrasi adalah jenayah."
"China tidak mempunyai hak untuk menghukum rakyat Taiwan hanya kerana apa yang mereka percaya.
"China tidak mempunyai hak untuk meneruskan pendakwaan rentas sempadan terhadap rakyat Taiwan", katanya.
Parti Progresif Demokratik Lai telah lama menegaskan kedaulatan Taiwan, namun Beijing tidak menjalankan komunikasi peringkat atasan dengan Taipei sejak 2016, apabila Presiden sebelumnya, Tsai Ing-wen berkuasa.
China telah melabel kan Lai sebagai "pemisah berbahaya" dan mengecam ucapan sulungnya sebagai "pengakuan kemerdekaan Taiwan".
Semasa ucapan itu, Lai memberi isyarat keterbukaan untuk menyambung semula dialog dengan Beijing dan menyeru kedua-dua pihak untuk mengadakan dialog.
China, bagaimanapun,menolak tawaran tersebut.-AFP