fb fb fb fb fb

Ribut: 111 rumah terjejas di Perlis

Foto RTM

KANGAR, 24 Jun-Dua siri kejadian ribut dan hujan lebat pada awal pagi Jumaat serta awal pagi semalam menyebabkan 111 buah rumah terjejas akibat bumbung diterbangkan angin, struktur rumah yang rosak serta dihempap pokok tumbang

Dalam kejadian pada awal pagi Jumaat lalu, sebanyak 11 buah rumah terjejas, manakala dalam kejadian awal pagi semalam sehingga kini menyebabkan 100 buah rumah terjejas.

Sebanyak 44 kampung terjejas dengan kejadian ribut berkenaan, antaranya  Kok Klang, Behor Masjid, Kurung Batang, Banggol Sena dan Kampung Tebuk.

Selain itu, kawasan lain yang turut terjejas ialah Kubang Gajah, Sungai Baru, Jejawi, Titi Beratap dan Seberang Tok Pi

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dalam kenyataannya memaklumkan, pihak MAIPs bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat dan amil kariah serta agensi pengurusan bencana negeri kini sedang bertungkus lumus melawat setiap mangsa terlibat
 
Ini bagi mendapatkan maklumat lengkap setiap kerosakan dialami dan membolehkan bantuan membaiki setiap kediaman penduduk yang terjejas dapat disegerakan berikutan keadaan hujan yang berlaku setiap hari di seluruh Perlis ketika ini.
 
Mangsa yang terjejas akibat kejadian ribut yang berlaku diingatkan agar segera membuat laporan polis dan mengemukakan laporan berkenaan beserta gambar kejadian kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD