fb fb fb fb fb

MOT, KKD bincang pelaburan kabel dasar laut

(FOTO FB ANTHONY LOKE)

KUALA LUMPUR, 8 Julai - Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah mengadakan perbincangan bersama beberapa komuniti teknologi dan telekomunikasi menerusi bengkel polisi.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata perbincangan turut meliputi kabel dasar laut yang menghubungkan Malaysia dengan dunia.

(FOTO FB ANTHONY LOKE)

"Pelaburan daripada syarikat tempatan dan antarabangsa terhadap kabel dasar laut akan merancakkan lagi daya saing ekonomi kita dan membuka lebih banyak ruang pekerjaan berpendapatan tinggi.

"Pelabur mahukan polisi yang jelas, pasti dan serasi dengan perubahan zaman," kata Loke menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.

Bengkel polisi yang dianjurkan secara bersama oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Malaysia Internet Exchange (MyIX) pada Jumaat itu turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Tambah Loke, Kementerian Pengangkutan berazam untuk bertindak sebagai penggerak ekonomi untuk Malaysia membawa masuk pelaburan yang lebih strategik.

Media Baharu