PUCHONG, 8 Julai - Seorang lelaki maut akibat rentung dalam kejadian kebakaran rumah di Lorong 6, Kg Seri Puchong, di sini awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, JBPM Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 2.30 pagi.
"Sepasukan anggota bersama lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong, BBP Cyberjaya dan BBP Seksyen 7 dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati sebuah rumah di atas tanah lot telah terbakar 90 peratus.
“Anggota berjaya mengawal kebakaran pada pukul 3.11 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, lelaki berusia 37 tahun ditemui rentung dalam kejadian itu dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Lelaki maut rentung rumah terbakar

powered by social2s