fb fb fb fb fb

Melupuskan pinjaman peneroka beri implikasi positif ke arah membentuk warga Felda

(FOTO HIASAN/ BERNAMA)

SINTOK, 8 Julai- Lupus hutang berjumlah RM8.3 bilion kepada warga peneroka dapat memberi implikasi positif ke arah membentuk warga Felda yang madani dan sejahtera.

Pengarah Ghazali Shafie Executive Enhancement Programme (GSEEP),Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Azman Khamis berkata, beberapa inisiatif dan penambahbaikkan lain yang diumumkan juga menunjukkan kerajaan Perpaduan sentiasa cakna dengan kehidupan dan kebajikan rakyat di segenap lapisan.

"Ini juga merupakan sedikit kelegaan, kelegaan yang begitu banyak kepada peneroka-peneroka Felda khususnya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, harga sawit dan getah naik turun, dan ini juga merupakan satu pendekatan yang cukup baik, kecaknaan dan keprihatinan kepada masyarakat khususnya kepada peneroka Felda.

"Kalau kita melihat rata-rata peneroka Felda berterima kasih, bersyukur kerana apabila lunasnya hutang Felda ini, maka mengurangkan beban mereka, dapat melunaskan hutang-hutang mereka. Ini juga sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam menjalani kehidupan seharian khususnya di dalam berbelanja secara berhemah," katanya di Sintok, Kedah.

 
(Pengarah Ghazali Shafie Executive Enhancement Programme (GSEEP) UUM, Dr Kamarul Azman Khamis)

Semalam pada majlis sambutan Hari Peneroka Felda 2023, kerajaan meluluskan dana sehingga RM1 bilion setahun bagi tempoh 10 tahun mulai tahun ini untuk menjamin kelangsungan Felda dan menyatakan komitmen Kerajaan Perpaduan untuk melupuskan pinjaman peneroka.
 

Media Baharu