fb fb fb fb fb

Pusat Informasi Belia dilancar sebagai pusat maklumat, platform belia OKU ceburi bidang sukan

(Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli merasmikan Pusat Informasi Belia di Kangar)

KANGAR, 8 Julai- Jabatan Belia dan Sukan Perlis melancarkan Pusat Informasi Belia sebagai pusat pengumpulan data bagi membolehkan belia di negeri itu mendapatkan maklumat.

Pusat Informasi berkenaan turut menjadi salah satu platform buat belia OKU menceburi bidang sukan.

Menurut Pengarah Projeknya, Fauzi Abdul Salleh, pusat informasi berkenaan turut bertindak sebagai penyalur maklumat kepada peserta termasuk peluang kerjaya, data belia serta persatuan sukan yang berdaftar di Perlis.

"Kita bukan saja menyediakan pusat informasi tapi kalau belia -belia di luar sana yang ingin mendekati dengan Jabatan Belia Sukan, mereka boleh datang berjumpa dengan pegawai untuk dapatkan maklumat secara terus.Kalau nak jadi atlet paralimpik kita boleh uruskan, kita boleh hantar pada Persatuan Pestron negeri Perlis, jadi di sana kita akan cuba buat i Talent, iaitu satu program untuk cungkil bakat bakat baru atlet OKU," katanya.


(Pengarah Projek, Fauzi Abdul Salleh)

Beliau berkata demikian kepada media pada majlis perasmian pusat berkenaan di Jabatan Belia dan Sukan Kangar, Perlis.

Hadir sama, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim yang merasmikan majlis.

Pusat berkenaan turut menyediakan pelbagai fasiliti sukan seperti gusti lengan, catur, Karom dan e- Sukan.

Media Baharu