fb fb fb fb fb

MOT bincang dengan kerajaan negeri isu pengangkutan awam di Sarawak

KUALA LUMPUR, 28 Julai - Kementerian Pengangkutan (MOT) sentiasa mengambil serius isu jaringan pengangkutan awam di Sarawak.

Untuk itu, satu perancangan sedang dibuat bersama kerajaan negeri bagi memastikan penduduk khususnya di luar bandar dapat menikmati kemudahan pengangkutan awam yang meluas.

Namun, perkara tersebut memerlukan sokongan dan kerjasama semua pihak termasuk kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan serta beberapa pihak berkepentingan.


(Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Henry Sum Agong)

Ini termasuk mengenai cadangan untuk mewujudkan program transformasi Perkhidmatan bas henti-henti di Kuching.

Ketika ini, MOT sedang menunggu cadangan akhir dan ia akan dimuktamadkan apabila semua maklumat diterima oleh kedua-dua pihak.

Antaranya mengenai laluan perkhidmatan, aspek pengoperasian dan aspek kewangan.

"Selain daripada itu program SBST, Kementerian Pengangkutan juga melaksanakan program dana sokongan sementara bas berhenti henti isbsm di negeri sarawak yang melibatkan sebanyak 11 operator seterusnya memberikan manfaat kpd penduduk luar bandar," katanya ketika sesi soal jawab yang dikemukakan wakil Julau Larry Soon.

Media Baharu