(Datuk Seri Zamri Yahya berucap pada perasmian Balai Polis Tampoi bagi kawasan Ibu Pejabat
Polis Johor Bahru Utara, Johor Bahru)
JOHOR BAHRU, 28 Julai - Polis Kontinjen Johor berjaya merekodkan penurunan indeks jenayah sebanyak 42 kes sepanjang Januari hingga Jun tahun ini.
Pengarah Cawangan Khas, Datuk Seri Zamri Yahya berkata sebanyak 265 kes dicatatkan sehingga Jun lalu berbanding 307 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
"Bagi jenayah kekerasan, penurunan sebanyak 18 kes bersamaan 19.35% dan jenayah harta benda mencatatkan penurunan 24 kes bersamaan 11.21%," kata beliau semasa berucap merasmikan Balai Polis Tampoi bagi kawasan Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Utara, di sini hari ini.
(Foto fail)
Sepanjang tempoh sama juga, sebanyak 130 kes bersamaan 49.06% berjaya diselesaikan Polis Kontinjen Johor.
Menurut Zamri, kewujudan balai berkenaan dapat meningkatkan perkhidmatan polis kepada penduduk setempat.
Bagaimana pun beliau menyeru orang awam termasuk agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan penduduk untuk turut sama memberikan bantuan dalam menyalurkan maklumat mengenai jenayah kepada pihak polis.