fb fb fb fb fb

Indeks jenayah di Labuan turun

LABUAN, 28 Julai- Indeks jenayah di Labuan mencatatkan penurunan pada tahun 2022 iaitu sebanyak 13 kes bersamaan 17.81 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Ia hasil usaha sama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masyarakat dalam usaha menurunkan kes jenayah sifar, selari dengan motto “PDRM dan masyarakat berpisah tiada”.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, sebanyak 6,269 aktiviti pencegahan jenayah dilaksanakan IPD Labuan, sepanjang tahun 2021 sehingga Julai tahun ini.

Selain itu, sebanyak 60 kes direkodkan dan 48 kes daripadanya berjaya diselesaikan.

Ini menjadikan IPD Labuan berada di tangga ke-4 terbaik daripada 20 daerah di Kontinjen PDRM Sabah.

" Jadi inilah yang sepatut kita pupuk kepada rakyat agar masing-masing menunjukkan taat setia tidak berbelah bagi kepada negara, jadi kalau semua pihak memberikan kerjasama, saya rasa sukar pihak luar hendak menganggu gugat ketenteraman kita,"kata Idris.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Apresiasi Pencegahan Jenayah anjuran IPD Labuan.

Hadir sama, Pengerusi Perbadanan Labuan merangkap Ahli Dewan Negara, Datuk Bashir Alias.

Dalam pada itu, Datuk Bashir berkata kepada pemberita, beliau menyambut baik kerjasama antara pemimpin, penduduk setempat bersama polis dalam memerangi kes jenayah di pulau ini.

"Dengan adanya mata dan telinga ini jenayah-jenayah Labuan dapat kita selesaikan dengan mudah jadi itulah daripada harapan dari pihak kepimpinan Labuan mudah-mudahan pada masa akan datang kita diberi.. dianugerahkan idea-idea yang bernas untuk menjalin kerjasama antara pihak polis, kepimpinan dengan penduduk kampung setempat."katanya.


(Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah)

Media Baharu