TANJONG MALIM, 20 Mei - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan terlibat secara sains dan teknikal dalam penstrukturan sektor tenaga negara ke arah tenaga boleh baharu (TBB).
Menterinya, Chang Lih Kang berkata, pihaknya sedang meneliti pembangunan dan perkembangan hidrogen sebagai sumber tenaga boleh baharu.
"Sekarang MOSTI sedang melihat tentang pembangunan dan perkembangan hidrogen sebagai satu "renewble energy". Itu adalah kawasan yang kita tengah lihat. Tetapi daripada segi polisi itu semua bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC)," kata Chang Lih, ketika hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri Parlimen Tanjong Malim di Dewan Rajawali, Felda Residence Trolak.
(FOTO FAIL)
Pada Jumaat, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, kerajaan akan memudahkan dan memperluas penggunaan solar di kediaman domestik, bagi mengimbangi kenaikan tarif elektrik kepada isi rumah berpendapatan tinggi atau T20.
Usaha itu melibatkan penstrukturan sektor tenaga daripada campuran tenaga elektrik kepada tenaga boleh baharu (TBB).