fb fb fb fb fb

Ahmad Samsuri menghadap Sultan Terengganu, mohon tarikh bubar DUN

(Foto BERNAMA)

KUALA TERENGGANU, 27 Jun- Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar selesai menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bagi memohon perkenan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

Ia bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum (PRU) DUN.

Tambah Ahmad Samsuri, satu kenyataan rasmi berhubung tarikh pembubaran DUN akan dikeluarkan tengah hari ini selepas ditandatangani Sultan Mizan Zainal Abidin.

"Alhamdulillah, apa pun kita tunggu dokumen disahkan dan ditandatangani tuanku, baru saya akan buat pengumuman,” katanya kepada pemberita di luar pekarangan Istana Syarqiyyah di sini.

Terdahulu, kenderaan rasmi membawa Ahmad Samsuri memasuki pekarangan Istana Syarqiyyah pada pukul 8.38 pagi dan keluar pada pukul 9.18 pagi tadi.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu