fb fb fb fb fb

Aidiladha: Satu juta kenderaan dijangka guna KLK

(FOTO FAIL)

KUANTAN, 27 Jun – Sebanyak satu juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dengan jangkaan peningkatan sebanyak 70 peratus sempena cuti Hari Raya Aidiladha.

Ketua Pegawai Eksekutif ANIH Berhad, Imran Gulcharan Abdullah berkata pihaknya telah mengeluarkan Cadangan Jadual Perjalanan (TTA) bagi membantu pengguna jalan raya mengetahui maklumat penting mengenai corak aliran trafik.

(FOTO FAIL)

“Lebih kurang 430,000 kenderaan dijangka melalui ECE1 dengan anggaran peningkatan sebanyak 60 peratus. Kami menggalakkan semua pengguna jalan raya untuk mengikuti panduan TTA bagi memastikan perjalanan yang lebih lancar dan selesa,” katanya menerusi kenyataan.

Tambah Imran, TTA tersebut boleh digunakan bagi merancang perjalanan semasa musim perayaan Aidiladha kerana pengguna jalan raya djangka berhadapan dengan trafik yang padat menuju ke Pantai Timur semasa hari puncak bermula hari ini sehingga esok.

Imran berkata, sebagai usaha mengurangkan kesesakan pada musim perayaan ini, ANIH Berhad akan menambah bilangan kakitangan sokongannya sehingga 20 peratus yang terdiri daripada petugas di plaza tol, pasukan LPT Ronda dan pasukan pusat kawalan trafik (TCC) serta menempatkan seramai lebih daripada 170 anggota RELA.

ANIH juga katanya akan membuat persediaan untuk membuka laluan kontra di lokasi yang sesak dan bersesuaian serta lorong tambahan tol bagi transaksi secara manual.

Media Baharu