fb fb fb fb fb

Anwar bertemu PM Laos, diberi sambutan rasmi

VIENTIANE, 27 Jun- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Laos, Dr Sonexay Siphandone pagi tadi.

Pertemuan penting tersebut bagi menjalin hubungan erat Malaysia-Laos serta mengukuhkan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Terdahulu, Anwar dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diberi sambutan rasmi oleh Perdana Menteri Laos.

Majlis yang diadakan di bangunan pejabat perdana menteri dimulakan dengan acara menaikkan bendera kedua-dua negara.

Seterusnya Anwar mengadakan pemeriksaan kawalan kehormat ke atas pengawal kehormatan Laos dan diperkenalkan barisan pemimpin Laos oleh Sonexay.

Kedua-dua delegasi seterunya mengadakan masyuarat bilateral bagi membincangkan penerokaan kerjasama baharu yang bakal memberi manfaat kepada Malaysia-Laos.

Anwar tiba di sini petang semalam untuk lawatan sulungnya ke negara itu atas jemputan rakan sejawatannya, Dr. Sonexay Siphandone diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.


(Kedua-dua delegasi seterunya mengadakan masyuarat bilateral bagi membincangkan
penerokaan kerjasama baru yang bakalmemberi manfaat kepada Malaysia-Laos)

Media Baharu