fb fb fb fb fb

KPKT peruntuk RM358 juta bina Rumah Mesra Rakyat

(FOTO HIASAN)

CYBERJAYA, 27 Jun - Sebanyak RM358 juta diperuntukkan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk membina 4,250 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR).

Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata ia merupakan inisiatif dibawah kerajaan Madani bagi membantu rakyat mendapatkan rumah.

(Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Ko Ming)

"Rumah Mesra Rakyat (RMR) ini pada kos bermula RM 75,000 satu rumah. Peruntukan ini juga akan memberikan kesan berganda sebanyak empat kali ganda melebihi RM1.4 billion kepada ekonomi domestik dan dimanfaatkan oleh kontraktor-kontraktor berdaftar dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) serta pekerja-pekerja dalam industri pembinaan," katanya pada sidang media selepas melakukan Lawatan Kerja ke Projek Aspire Residence, di sini.

Tambah Ko Ming, peningkatan dalam aktiviti pembinaan RMR turut memberi manfaat kepada 5,286 orang kontraktor Gred G1 sehingga G7 yang berdaftar dibawah SPNB.

Sebelum ini, kerajaan telah menaikkan had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah bagi permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) daripada RM3,000 kepada RM5,000.

Langkah itu bagi membuka lebih banyak peluang kepada rakyat untuk membuat permohonan dan memiliki rumah sendiri.

Media Baharu