fb fb fb fb fb

DUN Pulau Pinang bubar esok

(Foto BERNAMA)

GEORGE TOWN, 27 Jun- Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan dibubarkan esok.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow mengesahkan perkara itu selepas menghadap Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pagi tadi.

Menurut beliau, tarikh itu telah mendapat persetujuan Ahmad Fuzi.

"Saya telah mendapat perkenan yang dipertua negeri Pulau Pinang untuk menandatangani pembubaran DUN negeri ini bagi membuka jalan untuk Pilihan Raya Umum (PRU) DUN yang akan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setelah semua negeri dibubarkan dewan masing-masing," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang dijadual akan mengadakan sidang media yang turut dihadiri semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada 2.30 petang ini.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu