fb fb fb fb fb

Mohd Zuki ketuai delegasi Malaysia ke APEC Bangkok

BANGKOK, 17 November-Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, mengetuai delegasi Malaysia pada Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi AsiaPasifik di Bangkok, Thailand dari 18 hingga 19 November ini.

Bertemakan “Open. Connect. Balance.”, pemimpin Ekonomi APEC dijangka menyentuh pelbagai topik bagi mengemudi rantau Asia-Pasifik ke arah landasan pemulihan ekonomi yang inklusif, pertumbuhan yang mampan dan seimbang pasca COVID-19.

Tan Sri Mohd Zuki Ali dijadual menyertai sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC, sesi Dialog Tidak Rasmi Mengenai Penggalakan Perdagangan dan Pelaburan serta Dialog Bersama Majlis Penasihat Perniagaan APEC.


(Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali)

Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC juga akan turut menghadap Seri Paduka Baginda Maha Vajiralongkorn Phra Vajiraklaochaoyuhua, Raja Thailand.

Penglibatan berterusan Malaysia di dalam AELM mencerminkan komitmen jitu negara bagi memacu objektif teras APEC terutamanya dalam mencapai pembangunan ekonomi, pelaburan dan
perdagangan yang mampan ke arah kemakmuran rantau Asia-Pasifik.

Media Baharu