fb fb fb fb fb

Banjir: PM arah semua agensi bencana bersedia

(Datuk Seri Ismail Sabri mahu agensi bencana negeri siap sedia hadapi banjir)

BERA, 17 November- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan agensi bencana setiap negeri bersedia susulan banjir kilat di Selangor, semalam.

Jelas beliau, arahan berkenaan dikeluarkan kepada semua agensi bencana kerana tidak mahu kejadian banjir besar yang melanda di Selangor terutama di kawasan Seri Muda berulang kembali.

"Saya harap pihak Majlis Daerah, Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya seperti di Klang atau Shah Alam, contohnya di Sri Muda kalau berlaku seperti dulu saya harap peringkat negeri memastikan jawatankuasa pengurusan bencana negeri bersedia.

"Yang paling penting sekali adalah ground zero itu sendiri iaitu di kawasan banjir maka pengurusan bencana peringkat daerah mesti disediakan," ujarnya lagi.

Tambah beliau, ketika ini fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

"Ketika ini masih banjir kilat, belum lagi disebabkan monsun walaupun dah bermula masuk ke Timur Laut. Kita harap dan berdoa supaya tidak berlaku banjir besar," katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia di Dataran Kerayong di Bera, Pahang.

(Datuk Seri Ismail Sabri di Dataran Kerayong)

 

Media Baharu