fb fb fb fb fb

"Pemergian mendiang James Alexander Ritchie kehilangan besar"

Pemergian mendiang merupakan satu kehilangan besar, bukan sahaja kepada keluarga tersayang, malah seluruh warga media tanah air

PUTRAJAYA, 3 Mei - Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berduka cita atas pemergian wartawan veteran, James Alexander Ritchie, hari ini.

Beliau merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan berharap mereka tabah menghadapi saat-saat sukar ini.

Pemergian mendiang merupakan satu kehilangan besar, bukan sahaja kepada keluarga tersayang, malah seluruh warga media tanah air.

"Dengan pengalaman hampir 50 tahun, mendiang merupakan wartawan veteran yang amat disegani dan banyak berjasa dalam industri kewartawanan negara," katanya menerusi catatan di media sosial rasmi.

Jelas Datuk Fahmi lagi, mendiang menjadi inspirasi kepada ramai generasi wartawan dan meninggalkan legasi yang cukup bermakna.

"Pemilihan mendiang sebagai penerima Anugerah Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024, yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri di Kuching, Sarawak, adalah bukti pengiktirafan tertinggi terhadap sumbangan dan dedikasi beliau dalam bidang tersebut," ujar beliau lagi.

ANDY REZA ROHADIAN BIN KHAIRUL ANWAR