fb fb fb fb fb

Mohd Asri rasmi memangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor

FOTO RTM

HULU SELANGOR, 15 April- Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Hulu Selangor telah berlangsung dengan penuh istiadat di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor, petang tadi.

Majlis itu menandakan pertukaran rasmi tampuk kepimpinan dalam usaha meneruskan kesinambungan komitmen terhadap keselamatan dan ketenteraman awam di peringkat daerah.

Tugas secara rasmi telah diserahkan oleh Timbalan Penguasa Polis (SUPT) Ahmad Faizal Tahrim kepada Timbalan Penguasa Polis (DSP) Mohd Asri Mohd Yunus, yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor dan kini memangku jawatan Ketua Polis Daerah.

Majlis turut disaksikan oleh Timbalan Ketua Polis Selangor, Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) Mohd Zaini Abu Hassan yang menzahirkan sokongan terhadap kesinambungan dan kestabilan pentadbiran di peringkat daerah.

Turut memeriahkan majlis ialah Pengerusi PERKEP Daerah Hulu Selangor, Timbalan Penguasa Polis (DSP) Wan Mazura Wan Marzuki serta Naib Pengerusi PERKEP Daerah, Haslinda Shahabudin.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE