fb fb fb fb fb

Mohamad Sabu dibedah malam ini

(Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu)

KUALA LUMPUR, 16 Jun - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dimasukkan ke Hospital Putrajaya untuk dibedah kerana apendiks pada malam ini.

Menurut kenyataan pejabat menteri, beliau perlu menjalani pembedahan hari ini atas nasihat pakar perubatan.

"Kesihatan beliau kini dalam keadaan stabil dengan pemantauan rapi.

"Sama-sama kita doakan YB Datuk Seri diberikan kesembuhan dan pulih seperti sediakala," katanya.

Atas nasihat pihak hospital, buat masa ini hanya ahli keluarga terdekat yang dibenarkan melawat.

Media Baharu