fb fb fb fb fb

MOF, NGO akan sedia Belanjawan Responsif Jantina bermula tahun depan.

KUALA LUMPUR, 25 Ogos- Kementerian Kewangan (MOF)dan badan bukan kerajaan (NGO) diberi tanggungjawab menyediakan Belanjawan Responsif Jantina untuk golongan B40 bermula tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, inisiatif itu akan mengenal pasti kumpulan sasar dan mengagih sumber mengikut keperluan penerima yang signifikan bilangannya.

"Bukan sahaja kepada ibu tunggal tetapi juga untuk bapa tunggal sekiranya semakin tinggi peningkatan dalam sesebuah komuniti," katanya ketika berucap pada sambutan Hari Wanita ke-60 di sini.

(Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
berkenan berangkat ke majlis sambutan Hari Wanita ke-60)

Tambah Datuk Seri Ismail Sabri, kerajaan juga akan menambah baik dan memperhalusi dasar, perundangan serta program yang lebih peka gender termasuk usaha pembaharuan dalam penyemakan Dasar Wanita Negara dan penggubalan Rang Undang-undang yang prihatin gender.

Media Baharu