fb fb fb fb fb

Program 'Fly The Jalur Gemilang': TRAXXfm, KTMB semarakkan Bulan Kebangsaan

KUALA LUMPUR, 25 Ogos- Program 'Fly The Jalur Gemilang' anjuran TRAXXfm terus menyemarakkan Bulan Kebangsaan.

Mendapat kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), program berlangsung selama dua hari itu berjaya mengagihkan 650 jalur gemilang.

Pengagihan bendera adalah di sepanjang Laluan Selatan KTMB melibatkan KL Sentral - Gemas- JB Sentral dan Laluan Utara, iaitu dari KL Sentral ke Stesen Kereta Api Padang Besar.

Pengurus TRAXXfm, Tan Lee Woon yakin program seperti ini dapat menyemai semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat sekaligus menyemarakkan semangat Keluarga Malaysia.

"Sasaran kami adalah untuk agihkan lebih 300 jalur gemilang. Jadi hari ini kami akan dapat capai lebih daripada 650 jalur gemilang ini. Setahu saya stesen PerlisFM juga akan mengedarkan jalur gemilang kepada penumpang-penumpang dan orang ramai ketika perjalanan kami ke utara. Saya berharap program seumpama ini dapat diteruskan untuk memupuk lagi semangat perpaduan rakyat Malaysia," katanya.


(Pengurus TRAXXfm, Tan Lee Woon)

Program turut disertai personaliti radio RTM, terdiri daripada TRAXXfm, NASIONALfm, MINNALfm, Aifm, Radio Kasik, JOHORfm dan KLfm.

Penyanyi,Nizam Laksamana dan Daniel Sher juga hadir memeriahkan program.


(Penyanyi, Nizam Laksamana menghiburkan tetamu)

Media Baharu