fb fb fb fb fb

Model EDS, mampu bawa pulangan hasil RM12.1 bilion menjelang 2030

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 13 Jun - Model Senario Dipacu Pelepasan (EDS) mampu menjana pendapatan sehingga RM12.1 bilion untuk negara menjelang 2030.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bagi merealisasikan hasrat berkenaan, kerajaan telah menambah peruntukan bagi kerja penyelidikan melibatkan saintis kerajaan dengan pihak swasta.

"Peningkatan usaha penyelidikan dan pembangunan dengan peruntukan tambahan yang telah dipohon dan saya setuju. Ia bagi meningkatkan kerjasama saintis yang ada dalam kerajaan dengan saintis di institusi penyelidikan tempatan terutamanya universiti-universiti kerana ramai yang ada kemahiran itu dan patut dimanfaatkan sebagai satu pasukan.

Begitu juga, Program Hydrogen EcoNanoMy iaitu kerjasama antara semua pihak termasuk semua swasta. Ini merupakan industri baharu yang mencabar, saya akui ada keperluan untuk diberikan peruntukan tambahan untuk memperkukuh usaha mereka menyelidik dan beri hasil kepada negara," kata Anwar di Parlimen.


(Foto Hiasan)

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing.

Jelas Anwar, unjuran itu dibuat berikutan kelebihan negara yang mempunyai sumber Tenaga Boleh Baharu (RE) selain kedudukan Malaysia yang strategik bagi pasaran hidrogen antarabangsa.

Media Baharu