fb fb fb fb fb

MODE inisiatif tingkat pencapaian akademik, motivasi pelajar luar bandar

Program Motivasi Desa (MODE) di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Hassan

KANGAR, 1 November - Program Motivasi Desa (MODE) merupakan inisiatif KEMAS Parlimen Kangar bagi meningkatkan pencapaian akademik dan motivasi pelajar khususnya melibatkan pelajar luar bandar.

Pengarah KEMAS Negeri, Mohamad Zaki Ismail memaklumkan, program itu memberikan pendedahan mengenai pendidikan tinggi, teknik belajar berkesan, dan pembangunan potensi diri pelajar melalui hubungan mentor-mentee dan aktiviti yang menarik.

''Program ini juga mampu memberi motivasi agar setiap pelajar lebih yakin dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta mengenali kelebihan dan kelemahan diri sendiri untuk kemajuan di masa depan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Perasmian Program Motivasi Desa KEMAS Parlimen Kangar di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Hassan di sini.

Program itu disertai 125 pelajar Tingkatan 6 dari SMK Syed Alwi, SMK Putra, SMK Syed Hassan dan SMK Derma.

Program dijayakan KEMAS Parlimen Kangar, Jabatan Pendidikan Negeri dan UiTM Cawangan Perlis serta dirasmikan Pengerusi Komuniti KEMAS Parlimen Kangar, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI