fb fb fb fb fb

MM2H dijangka bawa pulangan RM1 bilion dalam masa setahun

(Sidang Dewan Rakyat hari ini)

KUALA LUMPUR, 7 Jun- Pengaktifan semula program Malaysia My Second Home (MM2H) dijangka membawa pulangan RM1 bilion dalam masa setahun.

Ini menerusi pengenalan syarat baharu yang diperketat, melibatkan peningkatan nilai aset cair dan pemilikan akaun simpanan lebih RM1 juta.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata setakat ini pihaknya telah meluluskan 375 daripada 3,900 permohonan.

"Mari kita banding, saya tengok lima tahun ke belakang...kelulusan program ini, pendapatan kepada kerajaan pada 2015-2019, jumlah adalah RM958 juta dalam masa lima tahun.

"Tetapi bila syarat ini kita ketatkan untuk dapatkan kualiti termasuk aset cair RM1.5 juta...setahun ini sahaja sudah hampir mencecah RM1 bilion dalam masa setahun berbanding sebelum ini lima tahun," katanya.

(Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail)

Beliau menjawab soalan tambahan yang dikemukakan wakil Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohamad dalam sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Setakat 2002 hingga 2019, program MM2H berupaya merangsang ekonomi dengan pendapatan berjumlah RM11.89 bilion sejak 2002 hingga 2019.

Ini merangkumi fi visa, pembelian hartanah, pembelian kenderaan persendirian, simpanan tetap dan perbelanjaan isi rumah.

Media Baharu