fb fb fb fb fb

KSM telah laksana 1,336 Karnival Kerjaya

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 7 Jun- Sebanyak 1,336 siri Karnival Kerjaya telah dilaksanakan Kementerian Sumber Manusia (KSM) di seluruh negara.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud berkata daripada jumlah itu, 21,740 pencari kerja berjaya mendapatkan penempatan pekerjaan menerusi pelbagai sektor.

"KSM turut mempergiatkan usaha mengadakan program melalui TalentCorp dengan fokus terhadap pembangunan kebolehpasaran dan kebolehkerjaan bakat muda negara melalui sinergi dan kerjasama merentasi kementerian, jabatan, agensi kerajaan, pemain industri dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)," katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim di Dewan Rakyat di sini.

Tambahnya, kadar pengangguran belia bagi suku pertama tahun 2023 menurun sebanyak 1 peratus kepada 10.1 peratus berbanding 11.1 peratus pada suku pertama tahun 2022.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu