fb fb fb fb fb

MLS bentuk jadi diri belia

KUALA LUMPUR, 15 Julai- Malaysia Future Leaders School (MLS) kelolaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mampu menjadi platform khusus ke arah usaha membentuk jati diri kepimpinan belia masa hadapan.

Pengarah Kluster Kepimpinan, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan i-lead, Dr. Hanafi Harun berkata MLS ketika ini berperanan melatih generasi belia dengan 5 elemen penting yang diterapkan.

(Dr. Hanafi Harun)

Ia membabitkan elemen kepimpinan, pembentukan watak dan jati diri, kenegaraan, serta keusahawan.

Selain kesukarelawan dalam melahirkan belia dengan ciri dan nilai kepimpinan yang mampu menyumbang kepada masyarakat

"Apa yang kita harapkan ialah mereka ini boleh menyumbang kepada masyarakat, dengan misi besar kita ialah nak melahirkan pemimpin di peringkat nasional dan antarabangsa.

"Jadi kita nak mereka ini menjadi pemimpin yang berintegriti, amanah, bertanggungjawab dan mempunyai daya tahan pemimpin berbudi pekerti tinggi," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika menjadi tetamu rancangan terbitan RTM di Angkasapuri.

Media Baharu