fb fb fb fb fb

KPKK sambut baik penurunan berperingkat harga minyak masak sawit

PUTRAJAYA, 15 Julai- Pengumuman Pasukan Jihad Tangani Inflasi bahawa harga minyak masak sawit akan diturunkan secara berperingkat disambut baik

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin menerusi satu kenyataan berkata pihak kementerian telah mengadakan beberapa siri dialog bersama pemain-pemain industri untuk mencari jalan menangani isu kenaikan harga barang keperluan tanpa menjejaskan daya saing sektor tersebut.

Mereka bersetuju untuk menyelaraskan harga minyak masak berasaskan harga pasaran minyak sawit semasa.

Kerjasama baik yang diberi kepada kerajaan adalah berasaskan semangat Keluarga Malaysia.

KPPK yakin dengan kerjasama jentera kerajaan di semua kementerian berkaitan, harga minyak masak akan turun secara berperingkat.

"Harga minyak sawit mula menunjukkan trend peningkatan ketara pada pertengahan tahun 2020 dan beberapa kali memecahkan rekod dengan harga tertinggi dalam sejarah industri sawit negara pada Januari 2021 hingga Mei tahun ini.

"Peningkatan harga minyak masak masih diimbangi kerajaan menerusi subsidi kepada 60 ribu tan minyak masak peket sebulan bagi menampung keperluan pengguna tempatan, terutamanya untuk golongan B40," kata Zuraida.

(Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin/Foto fail)

Beliau juga memaklumkan sesi libat urus akan diadakan bagi mencari penyelesaian menang-menang untuk semua bagi memastikan kebajikan pekebun kecil sawit.

Kementerian komited untuk memastikan industri sawit kekal sebagai sektor komoditi terbesar dan terus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

Media Baharu