fb fb fb fb fb

Kisah perjuangan pemimpin terdahulu perlu seiring peredaran zaman

 (Datuk Seri Nancy Shukri berucap merasmikan Bicara Negarawan Eksklusif: Tun Abdul Razak Bin Dato Hussein)

KUALA LUMPUR, 15 Julai- Penceritaan kisah-kisah tokoh dan perjuangan pemimpin terdahulu perlu diberi nafas baharu seiring peredaran zaman.

Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, sumbangan idea-idea baharu diperlukan agar kisah inspirasi tokoh-tokoh ini dapat disampaikan kepada masyarakat terutama generasi muda.

Seterusnya meningkatkan semangat patriotik, kesetiaan dan kecintaan seluruh Keluarga Malaysia terhadap negara.

"Usaha ini, amat bertepatan dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang diasaskan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1971, yang menjadi garis panduan dalam membentuk satu bangsa bersatu-padu dan mengekalkan identiti negara di mata dunia. Hal ini juga selaras dengan penggubalan Dasar Kebudayaan Negara 2021 (DAKEN), yang menjadi entiti penting dalam konsep Keluarga Malaysia bagi terus memperkasakan perpaduan dan budaya negara " katanya ketika merasmikan Bicara Negarawan Eksklusif: Tun Abdul Razak Bin Dato Hussein di sini.

(Foto Arkib Negara Malaysia)

Tan Sri Kamarul Arifin dijemput sebagai panel.

Program dianjurkan Arkib Negara Malaysia dengan kerjasama Yayasan Tun Razak bagi memperingati 100 tahun tarikh kelahiran Allahyarham Tun Abdul Razak.

Penganjuran Siri Bicara negarawan tersebut merupakan antara inisiatif kementerian dalam menyebar luas maklumat-maklumat berkaitan sumbangan dan jasa barisan Perdana Menteri Malaysia kepada khalayak umum.

Media Baharu