fb fb fb fb fb

MKBOKU bincang laksana projek kemudahan mesra OKU di IPTA

(FOTO RTM)

PUTRAJAYA, 2 Ogos-Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) membincangkan cadangan pelaksanaan projek bagi melengkapkan institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kemudahan mesra Orang Kurang Upaya (OKU) dalam mesyauaratnya hari ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata kemudahan mesra OKU itu adalah dari segi kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan juga bangunan awam.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Nancy turut melantik 10 individu sebagai anggota baharu MKBOKU di bawah Seksyen 3 (2)(j) Akta Orang Kurang Upaya 2008, berkuat kuasa selama dua tahun bermula 1 Julai hingga 30 Jun 2025.

"Pelantikan berdasarkan kepada nilai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang luas berkaitan OKU di Malaysia dan juga peringkat antarabangsa," katanya dalam kenyataan di sini.

Turut dikemukakan dalam mesyuarat itu ialah dapatan Program Audit Akses 2011-2022 oleh Universal Design Unit (Kudu), Department of Architecture in Kulliyyah of Architecture and Environmental Design (KAED) of International Islamic University Malaysia (IIUM) bagi menepati reka bentuk sejagat dan alam bina untuk memudahkan akses kepada penggunaan OKU.


(Foto Hiasan/FOTO RTM)

Media Baharu