KUALA LUMPUR, 3 Oktober- Kapal Global Sumud Flotilla (GSF) terakhir dikenali sebagai Marinette telah dipintas tentera rejim Zionis.
Perkara itu disahkan aktivis kemanusiaan, Nadir Al-Nuri di Facebook rasminya, hari ini.
Jelasnya, perjalanan misi kemanusiaan GSF gelombang pertama telah berakhir sepenuhnya dengan keseluruhan kapal telah dipintas sejak awal pagi Khamis.
"Bermakna berakhirlah perjalanan seluruh peserta GSF gelombang pertama kita pada kali ini. Alhamdulillah, mereka berjuang dengan Sumud sehingga ke saat akhir.
Kini tiba tugas para peguam dan tugas kita, memberi tekanan sehingga semua peserta dibebaskan dan genosid dihentikan. Bangkit!," kata Nadir.
Sementara itu, sebanyak 11 lagi kapal sedang belayar menuju ke Gaza membawa misi sama, di bawah gabungan pertubuhan antarabangsa Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens.
Konvoi tersebut membawa kira-kira 100 orang aktivis termasuk sukarelawan yang pernah menyertai misi sama sebelum ini.
Berita Berkaitan
- 11 lagi kapal belayar ke Gaza cabar sekatan Israel
- Flotila “Thousand Madleens” belayar dari Itali bawa bantuan ke Gaza